Penerangan Tuhan sudah mati

Di dalam "Tuhan sudah mati", Nietzsche tidak bermaksud Tuhan hidup dan kemudian mati secara harfiah. Mungkin lebih tepat untuk mengatakan Nietzsche bermaksud "Tuhan" iaitu agama dan kerohanian tidak lagi menjadi sumber pertimbangan hidup.

Kematian Tuhan merupakan cara mengatakan bahawa manusia tidak lagi percaya kepada kewujudan Tuhan kerana mereka tidak lagi mengenali Tuhan. Mengikut Nietzsche, kematian Tuhan akan membawa tidak hanya kepada penolakan terhadap keyakinan ketuhanan tetapi juga penolakan terhadap nilai-nilai moral universal itu sendiri yang mengikat semua individu. Kehilangan landasan moral ini mengarah kepada nihilisme. Nietzsche mencari penyelesaian ini dengan menilai semula asas nilai kemanusian dan bagi Nietzsche ia adalah melihat semula asas yang lebih mendalam daripada nilai-nilai agama Kristian. Nietzsche menemuinya di dalam "keinginan untuk berkuasa" (the will to power) yang dia gambarkan sebagai "intipati realiti" (the essence of reality).

Nietzsche percaya bahawa kebanyakan orang tidak mengenali kematian ini datang daripada ketakutan atau kecemasan yang mendalam. Oleh kerana itu, ketika kematian itu mulai diakui secara luas, orang akan berputus asa dan nihilisme akan berleluasa. Ini adalah sebahagian sebab mengapa Nietzsche melihat agama Kristian itu sebagai nihilistik. Dia mungkin melihat dirinya sebagai tokoh sejarah seperti Zarathustra, Socrates atau Yesus, memberikan orientasi falsafah baru kepada generasi mendatang untuk mengatasi nihilisme yang akan datang.